14 June 2018




Salam Eidulfitri,

Kepada para pelanggan, kawan-kawan dan pembaca yang sentiasa menyokong Acar Buah Permai Sedaap, tanpa kalian Acar Buah Permai Sedaap ini tidak akan berada di pasaran seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Kami sedar masih jauh perjalanan serta banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Dan kami percaya, untuk satu-satu bisnes itu berjaya, ia terlebih dahulu perlu mendapat kepercayaan daripada pelanggannya.

Semoga selepas ini dengan berkat Ramadan al-Mubarak dan feedback yang diterima daripada pelanggan dan kawan-kawan, Acar Buah Permai Sedaap dapat menambahkan keenakan rasa, packaging lebih menarik, marketing lebih efisien...lebih segala-galanya, Insya-ALLAH.

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin kepada para pelanggan yang mengenali kami walaupun kita tidak pernah bersua.

Yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam dan hamba-Nya. Manakala yang kurang itu datangnya daripada kecuaian kami sendiri. Semoga kita bergembira dan berbahagia pada hari yang mulia ini.

Taqaballahu minna waminkum.

KitaKawan
Pilah N9.

No comments:

Post a Comment