14 June 2018




Salam Eidulfitri,

Kepada para pelanggan, kawan-kawan dan pembaca yang sentiasa menyokong Acar Buah Permai Sedaap, tanpa kalian Acar Buah Permai Sedaap ini tidak akan berada di pasaran seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Kami sedar masih jauh perjalanan serta banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Dan kami percaya, untuk satu-satu bisnes itu berjaya, ia terlebih dahulu perlu mendapat kepercayaan daripada pelanggannya.

Semoga selepas ini dengan berkat Ramadan al-Mubarak dan feedback yang diterima daripada pelanggan dan kawan-kawan, Acar Buah Permai Sedaap dapat menambahkan keenakan rasa, packaging lebih menarik, marketing lebih efisien...lebih segala-galanya, Insya-ALLAH.

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin kepada para pelanggan yang mengenali kami walaupun kita tidak pernah bersua.

Yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam dan hamba-Nya. Manakala yang kurang itu datangnya daripada kecuaian kami sendiri. Semoga kita bergembira dan berbahagia pada hari yang mulia ini.

Taqaballahu minna waminkum.

KitaKawan
Pilah N9.

26 May 2018

Salam Ramadan,

 Madu dan Bulan Puasa


Hari ni dah 12 hari kita berpuasa. Salah satu amalan utk tahan puasa, ketika berbuka atau bersahur kita ambil makanan yang memberi tenaga. Jadi, jom try madu.

Selain diminum terus, madu sangat baik dicampur dgn minuman atau dijadikan pemanis makanan ketika berbuka. Sebagai pengganti gula, madu sangat mujarab bagi meningkatkan tenaga. Madu menjaga kestabilan tubuh agar tetap segar, mencegah gangguan pencernaan dan meningkatkan metabolisme.

Selamat mencuba, dan jgn lupa colek Acar Buah Permai Sedaap.

KitaKawan.

25 May 2018

Salam Ramadan,

Kenapa Acar Buah Permai Sedaap?
Sebab, kami mencampurkan beraneka buah jeruk, pelbagai jenis asam kering, kurma serta kismis dan yang special buah limau yang sungguh membangkitkan aroma. Acar Buah Permai Sedaap tidak saja enak dimakan dengan nasi tapi juga sedap dimakan begitu saja.

Tak perlu tunggu kenduri kawin untuk rasa acar buah, sekarang ni kalau teringin nak makan, jangan segan-segan order dengan kami. Bulan puasa pun  dah masuk minggu ke-2,  sapa-sapa yang kata tak dak selera nak sahur, apa kata try Acar Buah Permai Sedaap. Tak cuba tak tau, jangan terkejut, kalau secolek saja...lajak dua pinggan!

Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba Acar Buah Permai Sedaap... boleh order sekarang.
RM6.00/paket. Selamat berbuka dan bersahur dgn Acar Buah Permai  Sedaap.

KitaKawan
0124603982



24 May 2018


Salam Ramadan,
Consignment utk K. Pah done w/pun lewat sikit. Kami harap dpt menepati selera K. Pah dan kawan-kawan. Selamat berbuka dan bersahur dgn Acar Buah Permai Sedaap. Tq atas sokongan kwn2.



KitaKawan.

22 May 2018

Salam Ramadan,

What should you eat for your predawn Ramadan or sahur in order to have sustained energy throughout the day?
Soalan paling lejen bila bulan puasa, "Sahur ni nak makan apa?"

Ha...try la Acar Buah Permai Sedaap. Kena dgn nasi bujang + sirap @ milo ais. Simple. W/pun simple, InsyaALLAH tahan sampai waktu iftar.

     

Kenapa mesti Acar Buah Permai Sedaap?
Sebab, kami mencampurkan beraneka buah jeruk, pelbagai jenis asam kering, kurma serta kismis dan yang special buah limau yang sungguh membangkitkan aroma. Acar Buah Permai Sedaap tidak saja enak dimakan dengan nasi tapi juga sedap dimakan begitu saja.

 

Selamat bersahur dgn Acar Buah Permai Sedaap.
KitaKawan.
Salam Ramadan,
Cerita lepas tarawih. Syukur...selesai packing untuk serahan order drp old friend, K. Pah. Tqvm atas sokongan pd Acar Buah Permai Sedaap. Selamat berbuka puasa dan bersahur dgn Acar Buah Permai Sedaap. 

   


Bilo balik Bahau?  Den raso nak jalan2 Bahau rayo ni. 
KitaKawan.
Salam Ramadan,
Dehidrasi?
Cuba ni ~ bunga kembang semangkuk + getah anggur + cincau + selasih + gula batu


Selamat mencuba dan selamat berbuka dgn Acar Buah Permai Sedaap.
KitaKawan.